DEVELOPMENT OF MALAYSIA

HAZARDOUS KOTA TINGGI

THE WORST FLOOD IN 100 YEARS IN KOTA TINGGI

THE WORST FLOOD IN 100 YEARS IN KOTA TINGGI

TRAGEDY IN KOTA TINGGI...

TRAGEDY IN KOTA TINGGI...

~Diari Banjir~

Banjir yang melanda Johor pada bulan disember 2006 dan Januari 2007,telah memberi kesan dan impak yang besar kepada para penduduk. Tambahan banjir ini melanda di daerah Kota Tinggi, Batu Pahat, Kluang Muar sebanyak 2 kali. Justeru kami para pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, di bawah anjuran Program Urbanisasi dan Pembangunan Bandar(SKAD 2063), Pusat Pengajian Sosial Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Manusia dan Persekitaran telah membentuk satu kumpulan bagi membuat kajian mengenai impak banjir terhadap sektor pelancongan di Kota Tinggi, Johor. Misi banjir kami ini akan bermula pada 1- 3 September iaitu pada hari Sabtu hingga Isnin. Tempat yang akan menjadi sasaran bagi misi kami ini adalah sekitar daerah Kota Tinggi,Johor.

~WE ARE URBAN LEGEND~

Struktur organisasi

Pembimbing:
Prof. Madya Dr Hamzah bin Jusoh
Pn. Marsitah binti Mohd Radzi

Pengarah Program:
Ahmad Afeeq bin Roslan

Ketua Kumpulan Urban Legend:
Nabilah Aimi binti Aminudin

Setiausaha:
Liyana Mastura binti Azmanuddin Chan

Bendahari:

Raja Rasidah binti Raja Azman


Penyelaras Publisiti:
Nur Zafirah binti Mohd Noor

Penyelaras Tugas-Tugas Khas:
Ahmad Afeeq bin Roslan

~LAPORAN PENYELIDIKAN~

Saturday, October 20, 2007

Ahad, (02/09/2007)

Pada hari ini, kami telah memulakan penyelidikan kami dengan menaiki bas UKM menuju ke Kg. Kelantan bagi menkaji kesan banjir terhadap sektor pelancongan di kampong ini. Pastinya di kampong Kelantan ini terkenal dengan sejarah ‘Makam Laksamana Bentan’. Sepanjang berada di sana kami telah mengedarkan borang soal selidik kami kepada orang-orang kampung bagi mendapatkan maklumat yang lebih mendalam terhadap kawasan kajian pelancongan kami di makam tersebut. Menurut penduduk kampung, kawasan Makam Laksaman Bentan tersebut tidak mengalami masalah yang teruk, cuma mengalami beberapa kerosakan yang telah dibaik pulih oleh penduduk kampong dalam tempoh masa yang tidak lama.

Kami tidak melepaskan peluang bagi menambah pengetahuan tentang sejarah Laksamana Bentan ini. Menurut bacaan kami, Tiga ratus lapan tahun lalu di tanah inilah berlakunya pertumpahan darah seorang sultan yang dibunuh oleh laksamananya ketika menuju ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Sultan sempat menikam laksamananya Megat Seri Rama. Peristiwa tragis ini berlaku kerana Megat Seri Rama berdendam kepada Sultan Mahmud Shah II yang membunuh isterinya Dang Anum kerana memakan nangka kegemaran baginda. Ketika itu Dang Anum sedang mengidam buah nangka kerana sedang mengandungkan anak Megat Seri Rama. Kami termenung sejenak memikirkan kisah sejarah yang amat terkilan di hati kami.

Kami sempat juga merakamkan detik-detik yang amat berharga di mana kami telah mendapati di kawasan Sg. Kelantan ini turut mengadakan aktiviti berkayak. Aktiviti seperti inilah yang turut menjadikan kampung ini di datangi oleh ramai para pelancong. Sekaligus menjelaskan keadaan kampung ini yang sudah sepenuhnya pulih selepas banjir.

Kami seterusnya meneruskan penyelidikan kami dengan menemuramah pekerja-pekerja hotel yang semestinya menjadi sumber sekunder bagi melengkapkan kajian kami ini. Terdapat 3 buah hotel yang telah ditemuramah iaitu Hotel Grand Waterlilies, Nasha Hotel dan Mayres Hotel. Majoriti ketiga-tiga hotel ini mengalami kerugian yang sangat besar sehingga mencapai hamper ratusan ribu,sekaligus menyebabkan proses untuk membaik pulih hotel selepas banjir mengambil tempoh jangka masa sehingga 3-6 bulan.



No comments: