DEVELOPMENT OF MALAYSIA

HAZARDOUS KOTA TINGGI

THE WORST FLOOD IN 100 YEARS IN KOTA TINGGI

THE WORST FLOOD IN 100 YEARS IN KOTA TINGGI

TRAGEDY IN KOTA TINGGI...

TRAGEDY IN KOTA TINGGI...

~Diari Banjir~

Banjir yang melanda Johor pada bulan disember 2006 dan Januari 2007,telah memberi kesan dan impak yang besar kepada para penduduk. Tambahan banjir ini melanda di daerah Kota Tinggi, Batu Pahat, Kluang Muar sebanyak 2 kali. Justeru kami para pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, di bawah anjuran Program Urbanisasi dan Pembangunan Bandar(SKAD 2063), Pusat Pengajian Sosial Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Manusia dan Persekitaran telah membentuk satu kumpulan bagi membuat kajian mengenai impak banjir terhadap sektor pelancongan di Kota Tinggi, Johor. Misi banjir kami ini akan bermula pada 1- 3 September iaitu pada hari Sabtu hingga Isnin. Tempat yang akan menjadi sasaran bagi misi kami ini adalah sekitar daerah Kota Tinggi,Johor.

~WE ARE URBAN LEGEND~

Struktur organisasi

Pembimbing:
Prof. Madya Dr Hamzah bin Jusoh
Pn. Marsitah binti Mohd Radzi

Pengarah Program:
Ahmad Afeeq bin Roslan

Ketua Kumpulan Urban Legend:
Nabilah Aimi binti Aminudin

Setiausaha:
Liyana Mastura binti Azmanuddin Chan

Bendahari:

Raja Rasidah binti Raja Azman


Penyelaras Publisiti:
Nur Zafirah binti Mohd Noor

Penyelaras Tugas-Tugas Khas:
Ahmad Afeeq bin Roslan

~LAPORAN PENYELIDIKAN~

Saturday, October 20, 2007

Sabtu (01/09/2007)

Pada jam 1.45p.m,kami tiba di bandar Kota Tinggi. Kami terus diagih-agihkan kepada beberapa kumpulan bagi tempat penginapan. Bagi para pelajar perempuan, kami telah ditempatkan di Hotel Pilton manakala para pelajar lelaki telah ditempatkan di Hotel Grand Waterlilies. Selepas berehat seketika, kumpulan kami 'Urban Legend', yang telah diketuai oleh ketua kumpulan kami Nabilah Aimi binti Aminudin, telah menjalankan penyelidikan kami terhadap misi dan visi kami tentang 'kesan banjir terhadap sektor pelancongan di Kota Tinggi'.
Kajian kami bermula dengan menjalankan soal selidik terhadap peniaga-peniaga di sekitar kawasan perniagaan tekstil yang terkenal juga di bandar Kota Tinggi sebagai 'Mini kelantan'. Setekah disoal selidik, kami mendapati majoriti peniaga-peniaga di kawasan ini mengalami kerugian yang amat besar sewaktu kejadian banjir berlaku. Mereka turut memaklumkan kepada kami mengenai paras air sewaktu banjir berlaku di kawasan perniagaan mereka. Selain itu kami melihat serta melalui soal selidik ini juga, didapati kebanyakan para pelancong yang datang ke kawasan perniagaan ini adalah terdiri daripada penduduk berbangsa asing seperti Singapura, Indonesia serta penduduk tempatan sendiri.
Kami seterusnya meneruskan kajian kami dengan menyoal selidik peniaga yang membuka kawasan bagi para pelancong melihat keajaiban kunang-kunang pada waktu malam. Bagi menjadikan kajian kami ini lebih ke arah realiti, kami sendiri telah menerokai alam kunang-kunang pada waktu malam dengan menaiki bot melalui sg. Johor. Bayaran yang dikenakan adalah RM15 seorang. Menurut penjaga kawasan kunag-kunag tersebut, perniagaan mereka agak terjejas sewaktu selepas banjir berikutan pelancong yang semakin berkurang pada waktu itu,namun telah pulih semula yang tidak memakan masa yang panjang. Kami telah turut merakam detik-detik indah sewaktu melihat kunang-kunang di sungai tersebut.

Ahad, (02/09/2007)

Pada hari ini, kami telah memulakan penyelidikan kami dengan menaiki bas UKM menuju ke Kg. Kelantan bagi menkaji kesan banjir terhadap sektor pelancongan di kampong ini. Pastinya di kampong Kelantan ini terkenal dengan sejarah ‘Makam Laksamana Bentan’. Sepanjang berada di sana kami telah mengedarkan borang soal selidik kami kepada orang-orang kampung bagi mendapatkan maklumat yang lebih mendalam terhadap kawasan kajian pelancongan kami di makam tersebut. Menurut penduduk kampung, kawasan Makam Laksaman Bentan tersebut tidak mengalami masalah yang teruk, cuma mengalami beberapa kerosakan yang telah dibaik pulih oleh penduduk kampong dalam tempoh masa yang tidak lama.

Kami tidak melepaskan peluang bagi menambah pengetahuan tentang sejarah Laksamana Bentan ini. Menurut bacaan kami, Tiga ratus lapan tahun lalu di tanah inilah berlakunya pertumpahan darah seorang sultan yang dibunuh oleh laksamananya ketika menuju ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Sultan sempat menikam laksamananya Megat Seri Rama. Peristiwa tragis ini berlaku kerana Megat Seri Rama berdendam kepada Sultan Mahmud Shah II yang membunuh isterinya Dang Anum kerana memakan nangka kegemaran baginda. Ketika itu Dang Anum sedang mengidam buah nangka kerana sedang mengandungkan anak Megat Seri Rama. Kami termenung sejenak memikirkan kisah sejarah yang amat terkilan di hati kami.

Kami sempat juga merakamkan detik-detik yang amat berharga di mana kami telah mendapati di kawasan Sg. Kelantan ini turut mengadakan aktiviti berkayak. Aktiviti seperti inilah yang turut menjadikan kampung ini di datangi oleh ramai para pelancong. Sekaligus menjelaskan keadaan kampung ini yang sudah sepenuhnya pulih selepas banjir.

Kami seterusnya meneruskan penyelidikan kami dengan menemuramah pekerja-pekerja hotel yang semestinya menjadi sumber sekunder bagi melengkapkan kajian kami ini. Terdapat 3 buah hotel yang telah ditemuramah iaitu Hotel Grand Waterlilies, Nasha Hotel dan Mayres Hotel. Majoriti ketiga-tiga hotel ini mengalami kerugian yang sangat besar sehingga mencapai hamper ratusan ribu,sekaligus menyebabkan proses untuk membaik pulih hotel selepas banjir mengambil tempoh jangka masa sehingga 3-6 bulan.



Isnin (03/09/2007)

Hari ini merupakan hari terakhir bagi kami menjalankan kajian terhadap tajuk utama kami iaitu ‘kesan banjir terhadap sektor pelancongan di Kota Tinggi’. Kami dengan menaiki bas beramai-ramai menuju ke bangunan pejabat daerah bagi mendapatkan data sumber sekunder daripada pihak yang berkenaan dengan kawasan-kawasan pelancongan di Kota Tinggi. Kami telah berjaya menemuramah beberapa pegawai di pejabat daerah ini. Salah seorang daripada mereka ialah En. saad, dari Jabatan Kerja Raya. Kami telah mendapatkan data-data mengenai kerosakan jalan raya yang berdekatan dengan sekitar kawasan pelancongan di kota tinggi. Ini kerana jalan bagi pengangkutan merupakan perkara yang paling utama bagi menghubungkan para pelancong ke tempat pelancongan seterusnya akan memudahkan para pelancong untuk berkunjung ke kawasan pelancongan di Kota Tinggi. Seterusnya kami telah di beri peluang untuk memahami dengan lebih mendalam lagi tentang kajian penyelidikan kami mengenai impak banjir terhadap Kota Tinggi. Kami beramai-ramai mengikut kumpulan masing-masing telah di tempatkan di sebuah bilik mesyuarat di Pejabat Daerah tersebut bagi menemuramah seorang pegawai daerah yang dikenali sebagai Tuan Haji Zainuddin bin Zainal Abidin. Pelbagai soalan telah diutarakan bagi menjawab segala persoalan kami. Namun begitu kami telah dilayan dengan baik sekali serta mandapat kerjasama yang sepenuhnya daripada pihak Pejabat daerah. Setelah berjaya mendapatkan data-data penting mengenai kajian kami, kumpulan kami seterusnya terus bergegas bagi menyelesaikan visi dan misi kami untuk mendapatkan data mengenai pelancong yang datang selepas banjir di muzium Kota Tinggi. Berikutan masa yang terlalu mencemburui kami ketika itu kami berjalan dengan segala kudrat yang ada untuk menuju ke Muzium bermula dari bangunan Pejabat Daerah menuju ke Muzium. Sesampainya kami di sana kami telah dilayan dengan baik sekali daripada pihak muzium serta diberi peluang untuk mengambil gambar-gambar di muzium bagi megukuhkan kajian kami. Di sana kami telah menemuramah seorang pegawai di situ iaitu Penolong Pengurus Muzium Kota Tinggi, Cik Asniza binti Uda, bagi mendapatkan mengenai data-data kedatangan pelancong selepas banjir ke muzium ini. Setelah selesai misi dan visi kami sepanjang berada di Kota Tinggi ini, akhirnya tepat pada pukul 4 petang dengan menaiki bas UKM, kami bertolak pulang ke UKM.

DEVELOPMENT OF MALAYSIA